Kesal memang tidak terbendung lagi melihat sekujur tubuh kaku yang ditembak mereka bukanlah berwajah ganas dan badannya penuh dengan tatu ular, tetapi tubuh milik seorang budak 15 tahun yang baru akhil baliqh.
Apa boleh dikatakan lagi...............
peluru sudah pun mencabut nyawa si budak kecil ini.
Cuma, jika kita lihat dan kaji bagaimana agaknya kronologi ia boleh berlaku? Siapa Amirul dan bagaimana polis boleh begitu mudah melepaskan tembakan ke arahnya?
Jika kita melihat dari kacamata kasar, jelas kesilapan itu diletakkan 100% kepada anggota Polis terlibat, namun, jika kita teliti semula ada suatu perkara tersirat yang menyumbang kepada kejadian ini berlaku.
Apabila dilihat dari babak-babak berlakunya adegan kejar mengejar itu, sesiapa pun tidak menduga yang memandu kereta secara melulu selepas lari dari sekatan Polis itu hanya seorang remaja bawah umur.
Mungkin, cara dia memandu itu cukup meragukan Polis dan mungkin polis menyangkakan ada penjenayah yang baru sahaja selesai melakukan jenayah.
Oleh kerana siren yang dipasang tidak diendahkan serta arahan supaya berhenti diabaikan atau mungkin cara pemanduan mangsa membahayakan, polis nekad melepaskan tembakan.
Apabila kereta itu terbabas, sudah pasti diminda polis lega, kerana mungkin esok akan tepampang di dalam akhbar tempatan, polis berjaya menyelesaikan satu kes rompakan.
Namun, apabila dibuka pintu kereta tadi, hanya sekujur tubuh kecil sudah mati terkena tembakan.
Esoknya dalam akhbar tempatan, terpampang kisah polis tertembak remaja bawah umur.
Bagi arwah, dia mungkin terkejut kerana selama dia memandu tanpa lesen dan membawa kawan-kawan meronda-ronda tidak pernah dia terserempak dengan sekatan polis.
Hari itu mungkin malang nasibnya kerana polis cuba menahannya dan akibat terlalu takut dia nekad lari serta melanggar sekatan.
Dia lupa, polis sudah meraguinya dan menyangka dia adalah penjenayah. Akibatnya dia mati ditembak polis.
Kadang-kadang kita semua hairan.
Bagaimana pula, ibubapa Amirul boleh semudahnya membenarkan anak mereka memandu kereta tanpa lesen. Sedangkan ibunya beriya-iya mahu kes ini disabitkan ke atas anggota polis terlibat. Polis juga sepatutnya boleh mendakwa kesilapan tadi ke atas keluarga arwah kerana cuai menjaga anak. Jika disabitkan kesalahan, lebih parah dia menangung hukuman.
Bagaiamana pula, parti pembangkang begitu ekstrim membantu keluarga mangsa dan berbondong-bondong mahu meghulurkan bantuan sedangkan secara lojiknya, situasi ini berlaku atas sebab salah faham. Pembangkang cuba mempolitikkan isu ini dan segaja memusuhi polis dan menjadikan kes arwah sebagai kambing hitam.
Kita harus akui, polis adalah tunjang keselamatan negara dan mereka telah melaksanakan tugas dengan sebaiknya, tinggal lagi, ibubapa perlu bertangungjawab menjaga tingkah laku anak mereka supaya tidak terjebak dengan jenayah.
Video: Lihatlah kenyataan rakan Amirulrasyid ini. Bagaimana budak bersekolah boleh keluar dari rumah pada waktu malam? Di mana ibu bapa mereka ketika itu?
Wallahhualam.
Penulis,















14 comments:
Setuju,...
berdasarkan kepada reaksi semasa...sah keluarga ingin menutup kesilapan mereka dan meletakkan kepada polis....
sekali kita tak berlaku adil .....10 kali Allah balas...
Adalah baik jika kita ada undang-undang yg mensabitkan juga kesalahan kepada ibu-bapa/penjaga bagi anak-anak yg memandu tanpa lesen memandu - tak kira motorsikal atau kereta.
Kalau macam ni, tentu kebanyakan keluarga yg akan lebih berhati-hati.
ALLAH KNOWS BEST.
Nani Cheras
Tentu polis tidak bertindak begitu jika TIDAK DIBERI SEBAB MUNASABAH UNTUK BERTINDAK BEGITU.
Kata orang tepuk sebelah tangan tak menjadi.
Tentu budak ini sudah bertindak dulu yang membuatkan polis shak yang pemandu kereta itu bersifat EXTREME .... yang memerlukan tindakbalas standard oleh polis dalam keadaan seperti itu.
Pukul 3 pagi budak 15 tahun berlegar-legar memandu kereta tanpa lesen????? Siapa biasanya pada jam lewat sebegitu yang bertindak sebegitu dengan cara yang menimbulkan kewaspadaan tahap merah dipihak pasukan keselamatan?
Ibu bapa juga patut bertanggunjawab keatas kejadian yang menimpa anak tersebut. Kita dengar banyak kali ahli pasukan keselamatan kecundang dalam menjalankan tugas. Mengapa politik pembangkang tidak melenting jika polis kehilangan nyawa umpamanya? Oh! Terlupa. Nyawa polis dalam pandangan pembangkang senilai sekampit beras sahaja.
salam,
amat malang perkara seperti ini berlaku, salah ibu bapa? atau salah anak2 kita atau salah polis yg menjalankan tugas, macam mana budak 15 tahun baleh memandu kereta
tengah malam...semoga ALLAH melindungi kita semua dari kemalangan sprti ini
Setuju.
Ibu bapa juga bertanggung jawab. Budak sekecil itu berkeliaran di waktu pagi (3 pagi). Banyak menimbulkan keraguan?
Pehak polis banyak menanggung masalah kerana perbuatan mereka yang tidak bertanggung jawab. Kena langgar waktu membuat sekatanlah dan pelbagai masalah yang menimpa mereka.
Pembangkang hanya pandai menuding jari sahaja. Memang ini kehendak mereka. Kalau tidak ada polis siapa yang akan menjaga keselamatan kita.
"Betulkanlah Yang Biasa
dan Biasakanlah Yang Betul".
Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com
http://saatjais.formor.com
Sokong, cuba anda berada ditempat pasukan keselamatan... ibarat diluah mati mak..ditelan mati bapak... xamik tindakan nanti penjenayah terlebih dahulu ambik tindakan... dalam masa seperti itu siapa sangka ada budak bawah umur akan berkeliaran...time tu penjenayah aje akan bergerak...
kepada polis teruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepada anda sejujur dan ikhlas tetapi jangan berkompromi benda-benda bersangkutan ekselamatan anda..kerana walaupun anda menjadi hak negara tetapi jangan lupa anda juga menjadi hak ekpada keluarga anda...
ahli politik hanya mencari publisiti murahan..menaguk diair yang keroh.. mmg sial org camni.. berpolitik sampai xde masa nk fikir yang mana satu sesuai dijadikan modal politik...
Terima Kasih atas komen tuan-puan.
Kesimpulannya,
Muhasabah diri dulu sebelum menyalahkan orang lain...
Polis tersepit di dalam kalimah,
rakyat didahulukan.....
Semoga kebenaran dapat mengatasi kebatilan ini.
Saya setuju dengan andaian tuan dalam soal ini..
a. seorang remaja berusia 15 tahun dibenarkan memandu kereta lewt tengah malam padahal tidak memiliki lesen memandu yang sah.Apakah ibu bapa tidak prihatin dengan aktiviti anak mereka?
a. Nyawa anggota polis yang sedang bertugas adalah sentiasa terancam oleh penjenayah2.Dalam kes ini,amaran2 telah dibuat oleh pasukan polis seperti bunyi siren dan tembakan amaran tapi allahyarham tidak mengindahkan itu semua dan memberi persepsi kepada anggota2 polis bahawa mereka sedang berhadapan dengan penjenayah yang coba melarikan diri.Pasti anggota polis akan bertindak menembak kerana ini juga melibatkan keselamatan diri mereka.
Tadi sekali lagi TV Awani mengulang tayang kenyataan yang dibuat oleh teman allahyarham.Dia mendakwa dia dikasari oleh anggota npolis setelah dia coba menyerah diri..tiada tanda kecederaan pada muka walau dia mendakwa telah ditentang dikepala..hanya beberapa kesan ditangan yang mungkin terjadi kerana terjatuh dalam longkang seperti yang dikatakannya.
Tahniah diucapkan kepada pihak pembangkang dan pembangan kerana pandai memanipulasikan keadaan untuk kepentingan sendiri....Sedarlah anda sedang bermain dengan airmata dan kesedihan keluarga allahyarham demi politik anda yang sempit dan tandus.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA BUAT ALLAHYARHAM...AMIN.
Kalau perkara ini berlaku di US aku rasa saksi yang masih selamat itu akan ditanah dibawah kebajikan masyarakat kerana atas tuduhan kelalaian ibu bapa.
Keluarga di Malaysia seharusnya bersyukur kerana Kerajaan banyak bertolak ansur dengan apa yang terjadi ke atas remaja di Malaysia.
Jika difikirkan kembali kenapa POLIS harus dipersalahkan dalam hal ini. Dimana tanggungjawab IBU dan juga KAKAK mangsa apabila mengatakan bahawa mangsa adalah seorang anak yang patuh manakala menyelinap pada waktu malam tanpa lesen dan memandu pada waktu 2.00 pagi.
Kenyataan mangsa kedua yang mengatakan bahawa dibelasah oleh polis secara beramai-ramai adalah nampaknya satu penipuan apabila tiada luka akibat dibelasah oleh orang dewasa.
Apakah kebenaran pada cerita ini. Peguam yang mengajukan soalan juga hanya ingin mencari populariti sedangkan kecederaan yang ditunjukkan hanyalah kecederaan akibat jatuh sahaja.
Dimana kebenaran cerita ini. Adakah mangsa kedua ini telah melakukan penipuan.
Diharap keluarga Arwah dapat berfikiran secara rasional dan jangan mengikut rentak pembangkang yang hanya tahu mencari kesalahan pihak POLIS sahaja.
Fikirkan..... POLIS BERTINDAK KEJAM????
KALAU PIHAK POLIS TERLALU KEJAM, kenapa rakan AminulRashid masih hidup dan boleh beri keterangan media walaupun sepatutnya dia beri keterangan di mahkamah sahaja atau dalam Suruhanjaya DiRaja yang mungkin bakal dibentuk....
KALAU PIHAK POLIS TERLALU KEJAM, patutnya polis hapuskan bukti2 yang boleh 'menyusahkan' hidup mereka kemudian hari secara on the spot. Ini tak pula terjadi pada rakan AminulRAshid tadi.
KALAU PIHAK POLIS TERLALU KEJAM, mungkin mayat AminulRashid tak ditemui oleh keluarga arwah sehingga hari ini kerana selepas polis menembak bertalu2, mayat arwah dibuang ke dalam gaung atau dibakar sahaja untuk hilangkan bukti, dan rakan AminulRashid juga diperlakukan sedemikian.....
KALAU PIHAK POLIS TERLALU KEJAM.... fikir2kan lah sendiri....
YANG PASTINYA BUKAN SEKALI DUA BUDAK TU TERAMBIL KERETA KAKAKNYA, DAN KAKAKNYA TENTU BUKAN ORANG KURANG UPAYA UNTUK MERASAI BHAWA KERETANYA TELAH TERBIASA DIGUNAKAN OLEH SI ADIK UNTUK AKSI MEMINTAS KERETA PERONDA POLIS DENGAN LAJUNYA
SEOLAH2 OTAKNYA DIPENGARUHI SESUATU YANG YANG LUARBIASA.
APAKAH BUDAK ITU DILAHIRKAN TERUS PANDAI MEMANDU KERETA DENGAN LAJU.
FIKIRLAH DAH BERPULUH2 KALI AGAKNYA ACARA TERBAWA KERETA KAKAK UNTUK MEMINTAS PERONDA POLIS TELAH BERLAKU.
Nasib baik saya bukan polis dan bukan pula berada di tempat kejadian. Kalau tidak ada dua orang yang kena tembak malam tu. Sepatutnya, kalau dah takut mat-mat motor yang mengejarnya dan ada pulak polis waktu tu, larilah kepada polis. Ini lari dari Polis. Bukannya polis pakai kereta tak bertanda, kereta PERONDA!!! Kalau budak tu ragut orang, kalau langgar orang dan 3rd party tak boleh claim kerana insurance tak cover akan ada orang peduli ker? Eloklah mati awal dari besar menyusahkan masyarakat. Sorry lah ...tapi kes jenayah yang banyak ni memang menyakitkan hati.
Salam, saya bersyukur masih ada lagi masyarakat yang sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh ibu bapa. Keluar pada waktu tengah malam bukanlah satu perbuatan yang baik bagi anak-anak terutama sekali yang belum mencecah umur 18 tahun ke atas. Apa yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu. Jika sekarang kita menyatakan bahawa anak2 tidak bersalah hanya untuk menjaga maruah diri kita, di masa hadapan anak2 ini tidak tahu membedakan yang mana perbuatan baik atau buruk. Kesilapannya berada di tangan kita sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semoga kes ini dpat diselesaikan dengan baik, adil dan saksama oleh pihak yang berkuasa.
Post a Comment