Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.
Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.“Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.
Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan “menentang arus” dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Disiplin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.
Zulkifli memberitahu pemberita selepas itu bahawa tindakan tersebut berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam.
Beliau juga memberitahu pemberita tidak berhasrat untuk keluar daripada PKR kerana masih yakin dengan kepimpinan parti.
Pagi ini, Zulkifli menerusi surat terbuka di dalam blognya sekali lagi merayu anggota majlis pimpinan pusat PKR agar memberi peluang kepada beliau membela diri di hadapan panel disiplin beragama Islam berhubung isu yang dibangkitkan.
“Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat beliau.
“Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat beliau.
“Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai ke peringkat mendapat sokongan luar. Kalau Datuk Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama. Kita patut amal apa yang kita uar-uarkan,” katanya dalam surat itu.
Sebelum ini, Zulkifli mendakwa beliau adalah mangsa rancangan jahat “firaun-firaun kecil” dalam parti yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau dan agama Islam serta sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat.
Inilah antara kegagalan di dalam PKR yang sering digembar-gemburkan kerana mereka gagal membawa wacana Islam malah, pejuang-pejuang Islam yang mempertahankan Islam di dalam Parti itu seorang-seoarang sudah keluar meninggalkan parti itu.
Masih tidak nampakkah Melayu dengan fenomena ini dan marilah sama-sama kita bermuhasabah semula dan pakat-pakat menjatuhkan PKR yang semakin naik tocang ini.
Wallahhualam.
Penulis,















2 comments:
Ya...Zul pertahankan Islam...maka tempat dia yg sesuai adalah masuk UMNO la...TS bolehlah tempah bunga manggar, karpet merah, pulut kuning, tanjak, keris dan hiburan2 sbg merasmikan Zul masuk UMNO...apa tunggu lagi, cepat2 lah hulur borang UMNO kat Zul...jgn merapu jer puji tak tentu pasal...
kalau dah masuk UMNO nanti, adakah Zul boleh celupar mengutuk kesalahan UMNO plak? sama spt yg dilakukannya pd PKR?..atau adakah dia lbh menikus? atau belum sempat bersuara dia dah kena terajang ke Tanjung Rambutan?
TS boleh lah uruskan Zul masuk UMNO tuh!! Zul skrg ibarat jin yg tiada bertuan, merayau2 mencari tuan barunya...UMNO lah tmpt yg paling sesuai buat sampah nih, kerana UMNO kini lbh dikenali sbg PARTI TONG SAMPAH dan PARTI BANGKAIAN BUANGAN dan PARTI BARANG BUANGAN ORANG....
Berita Gempar...
Sepandai-pandai kalentong...akhirnya anak Toyo ditangkap....baca seterusnya disini
Post a Comment