SELAMAT DATANG KE BLOG EMPAYAR MALAYA...... KOMEN ANDA AMAT DIHARGAI..... SEMOGA ANDA MENDAPAT MANAFAAT DARI PAPARAN YANG DISAMPAIKAN DI DALAM BLOG INI - Taming SariMyspace Scrolling Text Creator

Tuesday, 2 March 2010

JUARA RAKYAT: JADIKAN PARTI SEBAGAI "MEDAN ADUAN RAKYAT"

Hampir setiap hari, ada sahaja isu yang timbul dan di kala ini, isu yang menjadi perhatian ramai adalah lompatnya beberapa orang wakil rakyat dan pemimpin PKR kepada UMNO atau Bebas.

Maka, bergegarlah media pembangkang dan arus perdana menokok tambah cerita sehingga begitu berselera pembaca mengikuti kisah ini.

PKR dilihat sebagai sebuah parti yang paling gagal dalam membawa wacana rakyat sehingga dapat dilihat, pemimpin dari parti inilah paling ramai keluar parti atas alasan yang hampir sama iaitu hilang kepercayaan kepada kepimpinan dan matlamat parti.
Apabila pemimpin PKR bertindak keluar dari parti dan memilih jalan untuk menjadi ADUN bebas, rakyat dibawah pemantauan mereka tetap tidak terbela.

Sejak dari tamatnya musim pilihanraya ke-12 hingga kini, kawasan-kawasan yang dimenangi oleh PKR tetap seperti dulu kerana pemimpinnya sibuk dengan permasalahan lain dan tidak ada kaitan dengan masalah tempatan. Malahan mereka jarang sekali balik melihat kawasan sendiri.

Akibatnya, rakyat tidak terbela dan terus dibelenggu masalah.

Apabila kita menyaksikan sebuah slot menarik di tv3 yang menunjukkan ikonnya, Karam Singh Walia dimana rancangan yang dinamakan Aduan Rakyat itu amat menarik dan digunakan oleh rakyat sepenuhnya bagi mengadu permasalahan mereka.

Sekiranya, Karam Singh Walia diangkat menjadi wakil rakyat, pasti dialah yang akan menang kerana tindakan tv3 mewujudkan program ini sudah cukup menyenangkan hati rakyat  dan menanggap tv3 sebagai media juara rakyat.

Inilah sebenarnya yang rakyat mahu kerana mereka mahu permasalahan sosial yang melibatkan tanggungjawab pihak berkuasa perlu diambil perhatian segera dan tidaklah ia tertangguh sehingga memakan masa berbulan-bulan.

Sudah-sudahlah wahai pemimpin terpilih. Buktikanlah janjimu kepada rakyat dan lupakan perbalahan antara ideologi parti yang tidak berkesudahan.

Wallahhualam.

Penulis,

2 comments:

Tinta Emas said...

sejak awal penubuhan pkr bukanlah parti untuk menjaga rakyat dan negara sebaliknya untuk menjaga periuk nasi anuar ibrahim semata mata.

Anonymous said...

UMNO parti juara rakyat???

Tidak..tidak...UMNO kini adalah PARTI JUARA TONG SAMPAH dan JUARA TONG TAIK...ha..ha..ha..

UMNO adalah PARTI PELACUR SAMPAH BUANGAN....

adakah ini yg dibanggakan olh UMNO?

UMNO=Juara Bakul Sampah
UMNO=Parti pelacur kelas murahan
UMNO= Parti kutip bangkai...

uuuuwaaaaaaa...sedihnya UMNO....

Related Posts with Thumbnails

EMPAYAR Banner

Barisan Perdana Menteri Malaysia
"Moga Allah Limpahkan Rahmat Buat Kalian"
PERKARA 3(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Stabil Ekonomi, Stabil Politik, Stabil Sosial
Satu Bangsa, Satu Negara dan Satu Matlamat
- Rakyat Malaysia-
Barisan Nasional
Perikatan Perkongsian Kuasa Yang Membuktikan Bahawa
Melayu, Cina dan India mampu disatukan dibawah
Satu Pemerintahan.
Jadikan Ia Inspirasi Kita Bersama.

EMPAYAR Iklan

Followers

EMPAYAR Peminat