Apa salahnya seorang mufti (Pemberi Fatwa) menyatakan bahawa idea kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS akan membawa satu lembaran baru menyatupadukan umat Islam dan Melayu.
Salahkah penyataan itu sehinggakan Tan Sri Harussani Zakaria dituduh sebagai.........
agen UMNO dan digelar Mufta (Penerima Fatwa) oleh Nik Ajis.
agen UMNO dan digelar Mufta (Penerima Fatwa) oleh Nik Ajis.
Inilah yang kita perlu sedar dan kenal siapa yang layak digelar ulama atau fulamak!!!
Mufti Perak itu adalah mufti yang paling berani mengeluarkan kenyataan kontroversi dan menjadi tanggungjawabnya sebagai pendokong agama untuk menegur mana yang salah dan mana yang betul.
Apabila agama dipergunakan bagi tujuan politik, PAS paling kejam meliwat kesuciaan Islam sehingga rela mengelirukan umat Islam.
Bagi sesetengah rakyat yang berfikiran liberal, mereka lebih suka melabelkan Harussani sebagai Pejuang Senyap yang muncul dikala rakyat sudah keliru dengan kenyataan bercanggah PAS mengenai Islam.
Harussani tidak pernah dianggap jatuh imejnya sebagai mufti malah dia terus diangkat dan disanjung kerana berani menegur yang batil tanpa perlu memilih bulu samaada PAS atau UMNO.
Yang jelas semakin hilang imej warak dan alimnya adalah orang tua PAS iaitu Nik Ajis kerana sikapnya lebih mendahulukan ideologi politik berbanding Islam menjadikan rakyat semakin meluat dengan kenyataannya.
Apabila mufti sudah tidak dipercayai dan dikhianati, siapa lagi yang umat Islam perlu jadikan tempat rujukan?
Wallahhualam.
Penulis,















5 comments:
Cam na nak jadi agent UMNO?
Berita Gempar...
Sepandai-pandai kalentong...akhirnya anak Toyo ditangkap....baca seterusnya disini
MUFTI HANG NI ADE KE DIA ORANG TEGUR ORANG UMNO .
SETAHU SAYA TAK PERNAH ADAPUN DALAM SEJARAH MALAYSIA .
HARUS SA NI MENEGURNYA TERUTAMA DALAM MEMBUAT DOASA DOSA BESAR YANG DILAKUKAN OLEH ORANG UMNO ( ARAK , JUDI DAN RASUAH )
ASYIK ORANG PAS DAN PKR SAJA YANG KENA TEGUR DAN KENA SIASAT . KALAU KENA BATANG HIDUNG ORANG UMNO TERUS DIAM .
APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA NI .
NASIB ...NASIB....... NASIB.....
ORANG ATAS PAGAR ( TAK MAIN PARTI PARTI )
50 tahun mengamalkan ajaran sesat...tak percaya sila klik disini
Ye ke tiada?
Kes Datuk Nazri dulu bukan ke Mufti Perak ni tegur....
Buka minda luas2 anon... ye ke atas pagar? Dah lebih kepada PAS dah tu...
Apa nak jadile...
"Apabila mufti sudah tidak dipercayai dan dikhianati, siapa lagi yang umat Islam perlu jadikan tempat rujukan?"
Sudah menjadi lumrah..ada yg menyokong dan ada yg membangkang...
tetapi itulah jalan-jalan bg mereka yg menegakkan kebenaran dan keadilan...
Post a Comment